JOHOR BAHRU – Pihak Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB), mahu menjadikan Karnival Ragbi Johor sebagai medium bagi membantu usaha merakyatkan sukan berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Memetik laporan SInar Harian, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, karnival berkenaan juga sememangnya ditunggu-ditunggu penganjurannya oleh penggiat sukan akar umbi yang melibatkan usia di bawah 14 dan 16 untuk diketengahkan.
“Bagi saya, Karnival Ragbi Johor ini memang ditunggu-tunggu kerana ia memberikan peluang kepada pasukan-pasukan yang mungkin tak berapa kuat tapi dapat bertemu dengan pasukan-pasukan besar.
“Kebiasaannya, pasukan-pasukan tersebut melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Maktab Tentera Diraja (RMC), Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) dan lain-lain,” katanya.
Mohd Noorazam berkata demikian sempena Karnival Ragbi Johor 2023 di Stadium Ragbi Johor, pada Ahad.
Tambah Mohd Noorazam, pihaknya turut kagum apabila dua pasukan daripada sekolah biasa iaitu SMK Sri Mersing dan pasukan Maktab Sultan Abu Bakar (EC) dari Johor Bahru yang berkesudahan pihak EC menang. –Sinar Harian Online-
Imedikel TV






