Home Buletin Semasa MAUT SELEPAS MOTORSIKAL TERBAKAR

MAUT SELEPAS MOTORSIKAL TERBAKAR

127
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut dalam selepas motosikal yang ditunggang terbakar di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, malam tadi.

Komander Operasi. Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Azmi Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.14 malam memaklumkan kejadian itu.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengarahkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu dan BBP Kota Bharu ke lokasi untuk tindakan.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar kebakaran melibatkan sebuah motorsikal. Ia berpunca daripada kemalangan jalan raya antara sebuah Perodua Viva dan motorsikal terbabit,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya seorang mangsa lelaki dewasa yang menaiki motorsikal disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian.

Azmi berkata anggota melakukan operasi pemadaman dan pembersihan sisa kemalangan jalan raya.dan operasi selesai kira-kira jam 12.45 awal pagi tadi. IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here