Home Segmen Kesihatan MATA KERING SEBAB PUASA?

MATA KERING SEBAB PUASA?

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Betul ke mata kering di bulan puasa disebabkan kerana tidak minum air sepanjang hari?

Jawapannya, itu hanya sekadar mitos sahaja.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya mata kering bukan hanya disebabkan oleh dehidrasi tetapi juga faktor lain seperti penggunaan skrin berlebihan, cuaca panas, dan kurangnya kelipan mata.

Jadi, pastikan anda berkelip lebih kerap dan air mata tiruan jika perlu.

Ikuti tip kesihatan mata di bulan puasa untuk mata kelihatan lebih segar.

Ini antara tip yang anda perlu iaitu:

  • Minum air secukupnya ketika sahur dan iftar untuk kekal hidrasi
  • Kurangkan penggunaan skrin berlebihan untuk mengelakkan mata menjadi letih
  • Gunakan titis mata sekiranya mata menjadi kering
  • Ambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran hijau, ikan berlemak dan buah-buahan

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here