Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengumumkan cuti Hari Kelepasan Am pada hari Ahad, 30 Mac sempena perayaan Aidilfitri.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassaruddin Daud dalam hantaran di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran itu juga, beliau mengumumkan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM500.
Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga net.
IMedikel TV






