Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Pasukan Tok Kenali menewaskan Mat Lela 2-1 untuk muncul juara acara futsal Karnival Sukan Kakitangan Penjara Penor di Legend Futsal, Batu Enam, di sini kelmarin.
Tempat ketiga dikongsi bersama pasukan Rentap dan Hang Jebat. Sebanyak enam acara sukan dipertandingkan pada karnival sukan kakitangan Penjara Penor kali ini.
Karnival akan berakhir Oktober depan turut membabitkan acara badminton, boling, bola sepak, futsal, bola tampar dan petanque. Karnival berkenaan melabuhkan tirai pada Oktober depan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah Penjara Pahang, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Mohd Rusli Abd Rahman. Hadir sama Timbalan Pengarah Penjara Penor, Penguasa Penjara (PP) Mohamad Hasnor Abd Hamid.
Anugerah pemain terbaik milik Mohammad Azri Sham Ramli. Anugerah penjaga gol terbaik, Ahmad Fauzi Abdul Manan dan anugerah penjaring terbanyak, Muhammad Hakim Ismail.

Pengurus pasukan Tok Kenali, Mohd Suhaimi Sautar, berkata semangat menebal dipamerkan barisan pemain menjadi kelebihan pada pasukan Tok Kenali untuk muncul juara.
Menurutnya, debaran pada perlawanan akhir berlaku apabila lawan memberi tentangan sepanjang perlawanan, nasib berpihak pada kami apabila satu jaringan memisahkan sebagai juara.
“Saya memuji kesungguhan barisan pemain yang tampil dengan misi menjulang kejuaraan, usaha sepanjang kejohanan itu berakhir dengan kejayaan membanggakan.
“Sebelum ini pasukan Tok Kenali muncul juara acara badminton selepas menewaskan Mat Kilau 3-0,” katanya
Mohd Rusli berkata, kejohanan yang menghimpunkan warga kerja Penjara Penor menjadi medan menguji kemahiran dan kecergasan serta dapat memperkukuhkan lagi perpaduan. Membentuk kerjasama berpasukan dan semangat setiakawan dikalangan warga kerja.
IMedikel TV






