Home Buletin Semasa MUIP AGIH RM262,00 BAIKPULIH 66 SURAU SEKOLAH DI PAHANG

MUIP AGIH RM262,00 BAIKPULIH 66 SURAU SEKOLAH DI PAHANG

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan RM262,00 bantuan baikpulih kecil 66 surau sekolah rendah dan menengah di Pahang.

Sumbangan kepada sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) turut digunakan untuk mengadakan program keagamaan dan kecemerlangan pelajar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata pihaknya sentiasa berusaha membantu keperluan sekolah terutama membabitkan pengembangan syiar Islam serta keselesaan pelajar dalam aspek pendidikan Islam.

“Sebelum ini pihak sekolah terbabit memohon bantuan baikpulih surau, kita meluluskan bantuan berkenaan dengan setiap sekolah menerima antara RM5,00 hingga RM30,00 untuk baikpulih surau dan program keagamaan.

“Saya berharap bantuan kewangan baikpulih surau yang diberikan ini dapat memberi lebih keselesaan kepada pelajar menunaikan solat selain berihat ketika mereka berada di sekolah.

“Bantuan berkenaan juga membolehkan sekolah menganjurkan program keagamaan yang difikirkan sesuai untuk golongan pelajar,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Sekolah Rendah dan Menengah Pahang, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Ahmad Zamri Md Isa.

Asmadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada sekolah yang menerima bantuan berkenaan, selain memberi jaminan bahawa lebih banyak bantuan akan disalurkan pada masa akan datang demi meningkatkan keselesaan pelajar.

Tambahnya lagi, setiap tahun MUIP turut menyalur bantuan pendidikan bagi meringankan beban golongan terbabit, penuntut yang berpeluang melanjutkan pengajian diluar negara turun mendapat sumbangan kewangan dan tiket penerbangan.

“Bulan lalu seramai 107 pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) kelolaan JAIP, Kolej Yayasan Pahang (KYP), Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Maahad Tahfiz Turath dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) termasuk pelajar persendirian menerima sumbangan tajaan tiket penerbangan dan wang saku sebanyak RM1,200.

“MUIP menyediakan peruntukan sebanyak RM339,000 untuk membantu 107 pelajar Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke timur tengah. Tiket penerbangan antara RM2,000 hingga RM2,500 dan wang saku RM1,200,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here