Home Sukan MAT LELA BUKTI KEHEBATAN JUARA PETANQUE PENJARA PENOR

MAT LELA BUKTI KEHEBATAN JUARA PETANQUE PENJARA PENOR

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Persembahan bertenaga menjadi kelebihan kepada pasukan Mat Lela untuk muncul juara acara petanque menewaskan Mat Kilau 3-2 Karnival Sukan Kakitangan Penjara Penor 2026 di Padang Petanque Penjara Penor, di sini semalam.

Tempat ketiga secara bersama pasukan Tok Kenali dan Rentap.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarah Penjara Pahang, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Mohd Rusli Abd Rahman. Hadir sama Timbalan Pengarah Penjara Penor, Penguasa Penjara (PP) Mohamad Hasnor Abd Hamid.

Ketua pasukan Mat Lela,Timbalan Penguasa Penjara (TPP) Mohd Irsyad Shafiq Mustapha berkata, aksi penuh semangat dan persembahan yang konsisten barisan pemain menjadi kelebihan buat pasukan Mat Lela untuk memenangi perlawanan akhir hari ini.

Menurutnya, perlawanan begitu sengit apabila kedudukan terikat 2-2 sebelum satu mata berharga dicapai untuk muncul juara menewaskan pasukan Mat Kilau yang tampil dengan semangat melawan yang begitu tinggal.

Katanya, diatas kertas pasukan Mat Kilau dilihat lebih menyerlah namun dengan kesungguhan tinggi pemain Mat Lela bangkit mencipta kejayaan yang begitu bermakna dan membanggakan dipentas akhir.

“Persediaan berterusan turut menjadi kelebihan pada pasukan Mat Lela bangkit pada perlawanan akhir menewaskan lawan 3-2, tentangan sengit diberikan lawan (Mak Kilau) yang membariskan gandingan pemain berpengalaman.

“Selepas mencatat kemenangan selesa 5-0 keatas pasukan Rentap diperingkat separuh akhir, prestasi pemain Mat Lela meningkat dipentas akhir semalam hingga berjaya dinobat sebagai juara,” katanya.

Ketua pasukan Mat Kilau, Mohamad Hasnor berkata, nasib tidak menyebelahi pasukan Mat Kilau yang tewas tipis pada perlawanan akhir semalam, pemain telah memberi persembahan terbaik.

“Kita akan berusaha memburu kejayaan pada musim akan datang, dalam acara badminton Mat Kilau menduduki tangga kedua dan keempat acara boling mengumpul 26 mata,” katanya yang berusaha bangkit dalam acara bola sepak, futsal dan bola tampar.

Sebanyak enam acara sukan dipertandingkan pada karnival sukan kakitangan Penjara Penor kali ini. Badminton, boling, bola sepak, futsal, bola tampar dan petanque. Karnival berkenaan melabuhkan tirai pada Oktober depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here