Home Segmen Kesihatan MASALAH AMBLIOPIA ATAU “MATA MALAS” BUKAN PERKARA BIASA

MASALAH AMBLIOPIA ATAU “MATA MALAS” BUKAN PERKARA BIASA

203
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ada dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah sebelah mata gagal berfungsi secara optimum.

Sedarkah anda ia bukan perkara biasa, malah perlu dirawat sejak dari awal kerana ia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan kekal pada mata tersebut.

Salah satu mata yang gagal berfungsi lebih dikenali sebagai Ambliopia atau “mata malas”.

Ambliopia ini adalah keadaan di mana terdapat gangguan penglihatan yang berlaku apabila otak dan salah satu mata gagal berfungsi.

Sehubungan itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membuat pemeriksaan awal pada mata seawal usia enam bulan hingga setahun bagi mengesan masalah ini dengan lebih awal.

Sekiranya didapati terdapat tanda-tanda yang mendorong kepada masalah itu, ia perlu segera dirawat.

Antara tanda-tandanya ialah penglihatan kabur pada sebelah mata, juling atau ketidaklarasan mata (mata tidak selari) dan sukar menilai jarak objek.

Bagaimanapun, terdapat beberapa punca ambliopia, seperti:

1.Katarak kongenital: kabur pada lensa mata yang menghalang cahaya masuk.

2.Perbezaan refraksi: ketidakseragaman antara mata kiri dan kanan seperti rabun jauh atau rabun silau yang lebih ketara di sebelah mata.

Namun begitu, ambliopia masih boleh pulih dengan rawatan awal melalui beberapa kaedah rawatan seperti:

1.Pemakaian penutup mata: mata yang sihat ditutup untuk merangsang perkembangan mata yang lemah.

2.Kacamata atau lensa khas: untuk membetulkan masalah refraksi.

3.Terapi visual: latihan khusus untuk melatih koordinasi antara mata dan otak.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here