Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Kerja pembinaan taman rekreasi Kampung Seneng, Jelawat kini mencapai 60 peratus setakat November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Hilmi Abdullah, berkata dalam ciapan facebooknya, kerja pembinaan projek itu berjalan lancar.
“Pada 14 Oktober lalu, saya lihat kerja pembinaan taman rekreasi ini pada peringkat 45 peratus, alhamdulillah pada bulan ini semakin meningkat.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat serta semua yang terlibat dan bertungkus lumus menyiapkan taman ini.
Katanya, taman itu dibuka kepada orang ramai untuk beriadah sertai bersantai bersama keluarga.
Taman tersebut dijangka mula beroperasi pada tahun depan.
IMedikel TV






