LONDON: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengenal pasti empat pelumba yang dirasakan akan mencabar gelaran MotoGP musim ini.
Juara Dunia lapan kali itu, yang kini menyertai pasukan Ducati Lenovo, sudah tentu berada dalam senarai pelumba pilihan untuk memenangi kejuaraan tahun ini menjelang pusingan pembukaan di Thailand.
Namun, pelumba Sepanyol itu turut mempunyai senarai pelumba yang dia rasa berpotensi mencabar gelaran juara dunia.
“Saya tidak akan menyatakan.
“Sudah tentu, kami akan cuba untuk berlumba ke arah itu, tetapi saya tahu saya mempunyai rakan sepasukan yang sangat kuat (Francesco Bagnaia); juga rakan serumah yang juga kuat, iaitu adik saya Alex (Marquez).
“Alex sangat laju sepanjang pra-musim dan dia juga dia tamat di tempat kedua di Buriram.
“Akan ada lawan berbeza yang boleh menjadi pencabar (Pedro) Acosta; kita akan lihat bagaimana (Jorge) Martin akan beraksi dengan Aprilia.
“Jangan lupa Martin, dia pelumba yang sangat bagus dan (Marco) Bezzecchi menunjukkan bahawa Aprilia berfungsi dengan baik.
“Jadi, (kami akan) cuba buat kerja kami di dalam garaj kami dan mari kita lihat apa yang kami boleh lakukan,” kata Marquez siapa yang akan menjadi Juara Dunia MotoGP tahun ini.
Walaupun beliau enggan menganggap dirinya sebagai pilihan utama untuk gelaran, simulasi perlumbaan Marquez di Buriram adalah bukti jelas bahawa dia akan menjadi pelumba yang perlu diberi perhatian di Thailand awal Mac ini. – AGENSI, HMetro Online –
IMedikel TV






