Home Hiburan MARISSA DANIA REDA

MARISSA DANIA REDA

49
0

KUALA LUMPUR: “Saya reda,” ungkap ringkas pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim, 21, selepas disahkan berpisah dengan bekas suami, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid atau Aslam 27.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat Hakim Syarie Nadiah Khamis pada prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan terbabit di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Aslam dan Marissa didapati datang berasingan ke mahkamah termasuk tidak lagi tampil sedondon seperti kehadiran mereka pada beberapa perbicaraan terdahulu.

Aslam yang semasa tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi mengakui dia dan Marissa datang berasingan kerana mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Marissa yang juga anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi mengenakan busana berona merah jambu belacan, manakala Aslam memakai jaket dan baju berwarna biru.

Aslam hadir diiringi peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here