Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Banjir yang melanda tiga daerah di Kelantan mencatatkan jumlah mangsa seramai 882 termasuk 267 keluarga terjejas setakat jam 8 pagi tadi.
Kesemua mangsa terbabit ditempatkan di 19 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut portal Info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah yang terlibat adalah Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.
Tanah Merah mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 633 mangsa membabitkan 208 keluarga yang berada di 13 PPS.
Kuala Krai pula merekodkan 165 mangsa termasuk 38 keluarga di empat PPS manakala Machang mencatatkan 84 mangsa membabitkan 21 keluarga di dua PPS.
IMedikel TV






