Home Segmen Kesihatan ELAK BERI ANAK ROTI DAN BISKUT

ELAK BERI ANAK ROTI DAN BISKUT

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Kebanyakan ibu ayah sering mengamalkan membeli stok roti dan biskut bukan sahaja untuk mereka tetapi juga kepada anak-anak.

Terdapat anak-anak yang kurang berminat untuk mengambil nasi sebagai hidangan utama dan ibu ayah mengambil inisiatif untuk memberikan anak mereka sejenis biskut atau roti.

Seorang doktor berkongsi mengenai tabiat ibu ayah yang sering membeli stok roti atau biskut kepada anak-anak sekiranya mereka enggan makan nasi.

Dr Mazliana Mazlan dalam perkongsiannya di laman Facebook berkata roti dan biskut yang boleh didapati di pasaran adalah makanan yang tinggi prosesnya.

“Makanan yang dibuat dari pelbagai jenis bahan ramuan, dan ditambah pula dengan bermacam jenis aditif (pewarna , pengawet atau perisa) yang tidak diperlukan dan boleh memudaratkan untuk tubuh anak anda.

“Roti dan biskut mungkin boleh kenyangkan anak. Tetapi ia hanya boleh memberi kesan kenyang yang sekejap sahaja,”katanya.

Bagaimanapun, menurutnya pelbagai bahan ramuan yang ditambah untuk menghasilkan roti dan biskut, sebenarnya membuatkan anak semakin lapar.

Dr Mazliana berkata ibu ayah digalakkan untuk meneliti kandungan bahan atau ramuan dalam setiap pek biskut atau roti sebelum diberikan kepada anak mereka.

Namun, katanya ada dalam kalangan ibu ayah yang berasa yakin dengan perkataan terteta di pek makanan tersebut iaitu “no transfat”, “contains DHA”, “sugar free” dan bahan lain yang dirasakan sesuai dimakan anak-anak mereka.

“Tidak perlu percaya, tetapi cuba perhati sendiri setiap sudut pek makanan dan belajar menilai yang ianya baik atau tidak untuk anak kita,”katanya.

Beliau turut menasihatkan agar ibu ayah berpada untuk memberikan makanan tersebut kepada anak-anak mereka.

Katanya anak yang kerap tidak sihat perlu mengelakkan untuk mengambil makanan tersebut.

Tambahnya, anak yang picky eater sebaiknya tidak diberikan langsung kerana ia lebih merosakkan deria rasa anak.

“Macam mana anak nak suka real food kalau dah serasi dengan fake food” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here