Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENURUN 43,607 ORANG

MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENURUN 43,607 ORANG

229
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin menurun setakat jam 9.00 pagi iaitu seramai 43,607 orang daripada 13,965 keluarga.

Menurut portal InfoBencana JKM kesemua mangsa masih berada di 95 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga kini hanya lima daerah masih dilanda banjir, manakala di daerah lain PPS sudah ditutup sejak kelmarin sehingga semalam.

Daerah yang masih dilanda banjir adalah Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 22,441 diikuti Tumpat 20,465 mangsa.

Selain itu, Kota Bharu membabitkan 403 mangsa, Bachok 243 mangsa danTanah Merah 55 mangsa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here