Home Luar Negara MADINAH SEDANG LALUI PROSES PEMBANGUNAN BERKUALITI BAGI KESELESAAN JEMAAH

MADINAH SEDANG LALUI PROSES PEMBANGUNAN BERKUALITI BAGI KESELESAAN JEMAAH

335
0

MADINAH: Kerjasama padu antara Majlis Perbandaran Wilayah Madinah bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Madinah sedang giat dilaksanakan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah sempena musim haji.

Inisiatif itu, menurut laporan Saudi Press Agency (SPA) adalah sebahagian daripada pembangunan berkualiti sedang dilaksanakan di kawasan pusat Madinah yang direka bentuk untuk mewujudkan persekitaran bandar dinamik dan berpusat kepada pengunjung.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian penambahbaikan itu merangkumi pengenalan ruang hijau dan kawasan mesra manusia yang menyediakan teduhan dan keselesaan serta reka bentuk bandar mengimbangi daya tarikan estetik dengan fungsi praktikal.

Pembangunan berkenaan selaras dengan matlamat Wawasan Saudi 2030 untuk meningkatkan kualiti hidup dan kelestarian bandar.

Kawasan yang dibangunkan kini menampilkan zon komersial bersepadu, kawasan tempat duduk khas, serta rangkaian laluan pejalan kaki dan basikal yang selamat dan pelbagai.

Ia juga merangkumi laluan khas bagi orang kurang upaya penglihatan untuk memastikan persekitaran inklusif dan boleh diakses oleh semua pengunjung.

Sebagai sebahagian daripada usaha memodenkan sistem pengangkutan, jalan-jalan turut dinaik taraf bagi memudahkan pergerakan pejalan kaki dan menyediakan pilihan pengangkutan yang fleksibel serta cekap untuk pelbagai segmen masyarakat.

Antara inisiatif utama ialah pelancaran kenderaan elektrik yang menghubungkan Masjid Nabawi dan Masjid Quba.

Kenderaan ini beroperasi dalam sistem panduan pintar yang merangkumi jalan raya, lorong serta mercu tanda bersejarah, sekali gus memastikan pengangkutan yang selamat dan lancar serta memperkayakan lagi pengalaman pengunjung di Madinah. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here