Home Buletin Semasa TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI RASMI PERSIDANGAN PANDU PUTERI

TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI RASMI PERSIDANGAN PANDU PUTERI

693
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra, berkenan merasmikan Persidangan Pandu Puteri yang berlangsung di sebuah hotel di Tunjong, petang semalam.

Baginda tiba sekitar jam 3 petang dengan berbusana lengkap uniform pandu puteri, mencerminkan semangat dan sokongan penuh baginda terhadap gerakan pandu puteri.

Turut mengiringi baginda Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datuk Yeoh Soo Keng.

Yeoh berkata persatuan itu berlandaskan kerangka UNITY (United, Networking, Inclusive, Teamwork dan Youth Driven) tidak mengira kaum, agama mahupun status sosial.

“Perpaduan yang menonjolkan semangat bersama akan terus diberi perhatian dengan penekanan pada nilai kasih sayang, saling menerima, dan keterbukaan terhadap pandangan semua pihak.

“Pelbagai program dan aktiviti sudah dilaksanakan pandu puteri dari peringkat sekolah, akar umbi sehingga ke antarabangsa menjadi bukti dan saksi kehebatan program itu,” katanya ketika berucap, pada Isnin.

Persidangan itu berlangsung selama dua hari bermula semalam hingga hari ini dengan penyertaan hampir 200 perwakilan dan ahli jawatankuasa persatuan.

Dalam pada itu, jelasnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyokong urusan persatuan seiring dengan matlamat negara.

Tambahnya, kerjasama erat dengan pelbagai pihak menunjukkan persatuan itu dirahmati, disenangi, dan diiktiraf sebagai rakan penting dalam pembangunan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here