Home Buletin Semasa LELAKI DITAHAN, 185 LITER PETROL DISYAKI DISELUDUP KE NEGARA JIRAN

LELAKI DITAHAN, 185 LITER PETROL DISYAKI DISELUDUP KE NEGARA JIRAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan manakala kira-kira 185 liter petrol dan sebuah kenderaan jenis Proton Waja dirampas dalam dua serbuan berasingan menerusi operasi bersepadu Ops Tiris 4.0 di negeri ini, semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menerima dua serahan kes berkaitan kegiatan penyimpanan dan urusan petrol secara haram daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi KPDN Kelantan, serahan kes tersebut dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari hasil serbuan yang dijalankan di dua lokasi berasingan di negeri ini.

“Lokasi terbabit ialah sebuah rumah di Pengkalan Haram Tualang, Tumpat serta Pengkalan Haram Stor Zink Merah di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang yang dipercayai menjadi tempat penyimpanan petrol sebelum diseludup ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM3,698.20,”menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran yang sah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here