ALMATY: Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro sebanyak 191 bangkai anjing laut ditemukan di sepanjang pantai Laut Caspian di wilayah Mangystau barat Kazakhstan, menurut media tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Bangkai itu dihanyutkan ke darat oleh angin barat laut sejak dua hingga tiga hari lepas, kata ketua jabatan pemeriksaan perikanan wilayah Konarbay Bazarbayev.
Pakar telah mengumpul sampel air dan tanah di tapak manakala pakar dari Institut Hidrobiologi dan Ekologi Kazakh telah mengambil sampel gigi, kuku dan organ dalaman haiwan itu untuk menentukan punca kematian, tambah Bazarbayev.
Menurut institut itu, anjing laut berkenaan dipercayai mati lebih sebulan lalu.
Berdasarkan satu kajian jangka panjang, saintis mengatakan kemungkinan punca kematian termasuk imuniti yang lemah dan rintangan keseluruhan yang berkurangan, menjadikan haiwan itu lebih mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.
Pada 2025, sejumlah 2,212 bangkai anjing laut dijumpai di sepanjang pantai Caspian, Kazakhstan. – Bernama-Xinhua, HMetro Online –
IMedikel TV






