Home Buletin Semasa KPM UMUM CUTI TAMBAHAN DUA HARI SEMPENA AIDILFITRI

KPM UMUM CUTI TAMBAHAN DUA HARI SEMPENA AIDILFITRI

70
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan dua hari kepada semua sekolah di seluruh negara pada 18 Mac ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, tertakluk kepada kumpulan A dan B.

KPM dalam kenyataan memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A sebelum ini telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac (Khamis).

Sementara itu, sekolah dalam Kumpulan B pula telah diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat).

Dengan pengumuman cuti tambahan pada 18 Mac itu, warga sekolah dijangka mempunyai tempoh cuti lebih panjang bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here