New York: Api marak dengan pantas selepas kebakaran tercetus di pangkalan tentera Kanada, mengorbankan empat orang dan mencederakan puluhan lagi, semasa latihan tembak di kawasan pelancar bom tangan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik tentera pada Khamis.
Memetik laporan Bernama-Dpa menerusi Harian Metro, Kejadian yang berlaku pada Sabtu di Pangkalan Pasukan Kanada Wainwright di wilayah barat Alberta, menyebabkan 39 anggota tentera cedera, 13 daripadanya dalam keadaan kritikal.
Jurucakap tentera Vanessa Hanrahan memberitahu sidang akhbar, angin kencang telah menggalakkan api merebak dalam jarak tembakan, menurut rakaman video ucapannya.
Anggota bomba tidak dapat memasuki kawasan itu yang diklasifikasikan sebagai zon bahaya tertinggi, katanya.
Api kemudiannya merebak ke bahagian lain pangkalan.
Penyiasat tidak menemukan bukti bahawa saluran paip gas telah rosak semasa latihan, menolak teori awal bahawa gas mungkin telah mencetuskan kebakaran itu.
Pihak berkuasa juga sedang menyiasat mengapa latihan tembakan langsung diteruskan walaupun berisiko tinggi menyebabkan kebakaran, lapor agensi berita The Canadian Press, memetik tentera.-Bernama-Dpa, HMetro Online-.
IMedikel TV






