Home Sukan ARYNA MARA SUKU AKHIR, TIADA MASALAH ATASI NAOMI

ARYNA MARA SUKU AKHIR, TIADA MASALAH ATASI NAOMI

64
0

AMERIKA SYARIKAT: Pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka mara ke suku akhir Indian Wells selepas menewaskan bekas juara Naomi Osaka 6-2, 6-4 dalam pertembungan juara Grand Slam, awal pagi tadi.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, ia kemenangan straight set yang mudah buat Aryna yang menghasilkan 31 winners dan lapan ace.

“Secara keseluruhan saya gembira kerana saya memberi tekanan tinggi kepadanya dan membawa variasi dalam permainan hari ini,” kata Aryna yang menggabungkan pukulan keras dari belakang gelanggang dengan beberapa serangan ke net.

“Saya rasa dia sedikit keliru pada saat-saat penting, dan saya gembira melihat itu. Servis saya berfungsi dengan baik dan bermain tenis sangat bagus ketika menerima hantaran,” tambahnya.

Aryna menamatkan set pertama dengan dua break sebelum Naomi mula mencari rentak permainan.

Namun, bintang Jepun itu gagal menembusi servis Aryna, yang menyelamatkan kedua-dua mata break pada set kedua dan memperoleh satu break pada kedudukan 4-3.

Ini hanya pertemuan kedua mereka, kedua-duanya juara empat kali Grand Slam. Osaka memenangi pertemuan pertama pada 2018 ketika menjuarai gelaran utama pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat.

“Itu memang luar biasa,” kata Aryna tentang fakta mereka jarang bertemu.

Namun dia meramalkan lebih banyak pertemuan di masa depan apabila Naomi, kini ranking ke-16, kembali membina momentum di Jelajah WTA selepas berehat sepanjang 2023 dan menyambut kelahiran anak perempuannya, Shai pada Julai tahun itu.

Aryna naib juara di Indian Wells pada 2023 dan 2025, akan menentang sama ada pemain Amerika berstatus keenam Amanda Anisimova atau remaja Kanada ranking ke-10 Victoria Mboko pada awal pagi Jumaat ini dalam usaha memburu gelaran pertamanya di kejohanan prestij ATP/WTA Masters 1000

Impian pemain kelayakan dari Australia Talia Gibson terus menyala di gurun California selepas menewaskan pemain Itali ranking ketujuh, Jasmine Paolini 7-5, 2-6, 6-1.

Kemenangan sulung Talia ke atas pemain kelompok 10 teratas membawanya ke suku akhir WTA buat pertama kali, di mana dia akan bertemu sama ada pemain Czech Linda Noskova atau pemain Filipina Alexandra Eala. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here