Home Luar Negara ISRAEL PERUNTUK BAJET KHAS PULUHAN BILION SHEKEL BIAYAI PERANG TERHADAP IRAN

ISRAEL PERUNTUK BAJET KHAS PULUHAN BILION SHEKEL BIAYAI PERANG TERHADAP IRAN

73
0

BAITULMAQDIS: Israel akan memperuntukkan belanjawan khas membabitkan puluhan bilion shekel bagi perbelanjaan pertahanan tambahan sebagai langkah membiayai perang udara dengan Iran, kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, Smotrich berkata, Kabinet Israel mengadakan mesyuarat pada malam tadi untuk meluluskan bajet perang khas itu.

“Ini bukan satu perbelanjaan, sebaliknya ia adalah satu pelaburan,” katanya.

Netanyahu pula mendakwa bahawa data menunjukkan ekonomi Israel sangat kukuh walaupun terbabit dalam peperangan sejak lebih dua tahun lalu. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here