Home Buletin Semasa KPM SALUR RM14.4 JUTA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KEPADA MURID TINGKATAN ENAM

KPM SALUR RM14.4 JUTA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KEPADA MURID TINGKATAN ENAM

35
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM14,401,950 bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada 96,013 murid Tingkatan Enam di seluruh negara bagi tahun 2026.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan sebanyak RM150 seorang itu membabitkan murid Tingkatan Enam baharu dan sedia ada, selaras dengan keputusan peluasan pemberian BAP kepada pelajar Tingkatan Enam yang dilaksanakan mulai tahun lalu.

“Seramai 52,810 murid Tingkatan Enam baharu yang mendaftar pada 8 Jun lalu di 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) akan menerima bantuan berkenaan.

“Agihan BAP kepada murid Tingkatan Enam baharu dilaksanakan oleh Pusat Tingkatan Enam bermula 28 Jun hingga 27 Julai depan,” menurut kenyataan itu.

KPM berkata, peluasan pemberian BAP kepada pelajar Tingkatan Enam mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga membuat persediaan persekolahan.

Menurut kementerian itu, inisiatif berkenaan turut membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memperkasakan pendidikan Tingkatan Enam sebagai antara laluan penting ke peringkat pengajian tinggi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here