Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN GAGALKAN PENYELEWENGAN PETROL

KPDN KELANTAN GAGALKAN PENYELEWENGAN PETROL

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengagalkan penyelewengan petrol di pengkalan haram Simpangan Jalan Kasban, Pengkalan Kubor, di sini, pada Sabtu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail dalam kenyataan memaklumkan, serbuan dilakukan menerusi operasi Ops Bersepadu sekitar jam 11.30 malam dan mendapati cubaan menyeleweng petrol sebanyak 325 liter.

“Hasil siasatan lanjut, kami dapati beberapa tong jerikin yang disimpan di dalam dua buah kenderaan iaitu Proton Iswara dan Proton Wira yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyeludupan.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk dua buah kenderaan tersebut adalah hampir RM10,000,” katanya.

Operasi terbabit turut disertai Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengalan Kubur.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan yang menyalahi undang-undang diharapkan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here