Home Buletin Semasa KPDN CATAT 483 KES SEPANJANG PELAKSANAAN SHMMP TAHUN BAHARU CINA 2025

KPDN CATAT 483 KES SEPANJANG PELAKSANAAN SHMMP TAHUN BAHARU CINA 2025

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatkan 483 kes sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 membabitkan nilai sitaan sebanyak RM21,942.85.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan tersebut dikenakan atas kesalahan peniaga yang ingkar meletakkan tanda harga dan gagal menggunakan tanda harga merah jambu.

“Sepanjang pelaksanaan SHMMP, kita telah melakukan 6,007 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara merangkumi 108 pemeriksaan ke atas premis borong dan 5899 ke atas premis runcit.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kes membabitkan kesalahan peniaga yang menjual melebihi harga maksimum,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan skim berkenaan.

“Majoriti peniaga komited mematuhi perundangan harga maksimum itu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan KPDN melaksanakan SHMMP Tahun Baharu Cina bermula 25 Januari hingga 2 Februari lepas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here