Home Luar Negara KOREA UTARA LANCAR LAGI PELURU BERPANDU BALISTIK – KOREA SELATAN

KOREA UTARA LANCAR LAGI PELURU BERPANDU BALISTIK – KOREA SELATAN

171
0

Korea Utara melancarkan lagi ujian peluru berpandu balistik dari pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan hari ini.

Ia adalah siri ujian kedua senjata terbaharu itu dalam tempoh tiga hari sejak Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan ketenteraan terbesar dalam tempoh lima tahun.

Butiran lain, termasuk jarak penerbangan peluru berpandu berkenaan masih belum diperoleh.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai peluru berpandu itu dan tidak mengesahkan sebarang kerosakan di dalam negara yang berkaitan dengan pelancaran itu.

Pelancaran peluru berpandu itu berlaku seminggu selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memerintahkan anggota tentera untuk meningkatkan latihan sebagai menghalang dan bertindak balas terhadap ‘perang sebenar’ sekiranya perlu.

Anggota pasukan keselamatan Korea Selatan dan AS memulakan latihan ketenteraan bersama selama 11 hari yang digelar ‘Freedom Shield 23’.

Korea Utara sudah lama menyuarakan latihan membabitkan kedua-dua negara itu sebagai latihan untuk pencerobohan.

Ahad lalu, media Korea Utara, KCNA melaporkan negara itu memutuskan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan perang yang ‘praktikal’ penting dengan mengatakan ‘provokasi perang AS dan Korea Selatan mencapai garis merah’.

Korea Utara sudah menjalankan beberapa siri ujian dan latihan peluru berpandu sejak tahun lalu dalam apa yang dikatakan usaha untuk meningkatkan pencegahan nuklearnya dan membuat lebih banyak senjata beroperasi sepenuhnya.

Sumber: BH Online & Reuters

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here