Home Luar Negara KOMPLEKS BELI-BELAH DI BANGLADESH TERBAKAR

KOMPLEKS BELI-BELAH DI BANGLADESH TERBAKAR

152
0

DHAKA: Anggota bomba dan tentera Bangladesh dikerah memadamkan kebakaran besar di sebuah kompleks beli-belah yang memiliki 3,000 kedai di Dhaka.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dalam insiden kebakaran yang bermula awal pagi tadi, namun anggota tentera dikerah untuk membantu selepas kebakaran merebak pantas di kawasan Bangabazar yang sempit dan padat, yang menjadi pusat jualan pakaian terkemuka di Bangladesh.

Pegawai perkhidmatan bomba, Rashid Khalid, dilaporkan berkata 50 unit pasukan bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran itu, dengan puncanya masih belum dikenal pasti.

Kebanyakan kedai dalam pusat beli-belah itu terbakar hampir sepenuhnya, namun tiada maklumat sama ada terdapat individu terperangkap berikutan kebakaran berlaku pada awal pagi sebelum kebanyakan kedai dibuka.

Seorang daripada peniaga Bangabazar, Abdul Mannan memaklumkan kedainya musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang disifatkan sebagai amat besar.

“Saya tidak pernah melihat kebakaran sebesar ini sepanjang hidup saya. Semua yang ada dalam kedai saya hangus terbakar,” katanya, sambil bercakap kepada saudaranya menerusi telefon sambil menangis.

Akhbar The Daily Star melaporkan kebanyakan peniaga di Bangabazar mengumpul stok pakaian raya menjelang sambutan Aidilfitri hujung bulan ini, dan hampir semua barangan itu musnah dijilat api.

Kebanyakan insiden kebakaran perindustrian di Bangladesh dikatakan berpunca akibat kelemahan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang, yang menyebabkan kematian ratusan nyawa sejak beberapa tahun kebelakangan.

Sumber: BH Online

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here