Home Luar Negara KILANG BAHAN LETUPAN MELETUP DI BRAZIL, 9 TERKORBAN

KILANG BAHAN LETUPAN MELETUP DI BRAZIL, 9 TERKORBAN

RIO DE JANEIRO: Sebuah kilang bahan letupan di selatan Brazil meletup semalam sehingga mengorbankan sembilan nyawa, kata pihak berkuasa.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, imej disiarkan Jabatan Bomba Parana menunjukkan kawasan luas dipenuhi serpihan selepas letupan berlaku sekitar jam 6 pagi waktu tempatan di Curitiba.

Sekurang-kurangnya enam lelaki dan tiga wanita dilaporkan hilang selepas kejadian itu.

Setiausaha Keselamatan Awam Parana, Kolonel Hudson, mengakui tiada harapan untuk menemui mangsa terselamat membabitkan sembilan orang yang berada di lokasi kejadian.

Pasukan keselamatan bersama anjing pengesan turut dikerahkan mencari mangsa yang hilang.

Tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital berhampiran.

Sementara itu, jurucakap bomba, Luisiana Guimaraes, mengesahkan kawasan letupan mengalami kerosakan teruk.

“Dalam radius kira-kira 1.5 kilometer (km), terdapat rumah terjejas, tingkap pecah dan struktur rosak akibat gelombang hentaman yang kuat,” katanya.

Pada sidang media, pengurusan Enaex Brasil selaku syarikat pemilik kilang terbabit memaklumkan punca letupan masih dalam siasatan.

Syarikat berkenaan turut menawarkan bantuan rawatan psikologi kepada mangsa dan keluarga mereka.

Menurut pihak berkuasa, penduduk di beberapa bandar berdekatan turut mendengar bunyi letupan kuat itu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here