Home Buletin Semasa KES ZARA QAIRINA: KPM TEMPATKAN SEMENTARA PENGETUA, PK HEM, WARDEN DI JPN...

KES ZARA QAIRINA: KPM TEMPATKAN SEMENTARA PENGETUA, PK HEM, WARDEN DI JPN SABAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina selesai.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes berkenaan.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,” kata kenyataan itu.

KPM turut menegaskan bahawa kes berkenaan menjadi keutamaan kementerian ketika ini dan berharap siasatan yang telus dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga mangsa serta semua pihak terlibat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here