BANGI: Penyanyi Zehra Zambri, 38, mendakwa suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, ‘ghaib’, sejak awal bulan lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Zehra mendakwa peguam yang mewakilinya juga gagal menghubungi Iqwan bagi membincangkan proses perceraian mereka.
“Kami berkomunikasi kali terakhir ketika dia melawat anak yang sakit di hospital pada 10 Julai lalu.
“Saya cuba berhubung mengenai keperluan anak, tetapi, tiada maklum balas. Sebelum ini, dia jawab okay. Namun, kali ini, terus ‘ghaib’ dan menghilangkan diri,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat di sini, hari ini.
Zehra yang tiba di mahkamah ditemani bapanya Zambri Ahmad, pada kira-kira jam 9 pagi, tetap dengan pendirian enggan menggugurkan empat daripada lima tuntutan yang dikemukakandalam permohonan perceraian.
Antaranya tiada persefahaman suami isteri, culas menjalankan tanggungjawab, sikap suami, pengabaian dan perkahwinan yang sudah tidak dapat diselamatkan.
Iqwan sebelum ini hanya bersetuju dengan satu tuntutan, iaitu tiada persefahaman, justeru. enggan menceraikan isterinya.
Zehra berharap proses penyelesaian melalui Hakam Islah, hari ini, lancar.
“Saya tidak tahu macam mana pendirian defendan. Tetapi saya harap semuanya lancar,” katanya.
Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ ke atas suaminya selepas mendakwa lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.
Mahkamah kemudian memutuskan agar pasangan terbabit melantik wakil bagi menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) disusuli lantikan hakam selepas tiada lagi jalan penyelesaisn
Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela. – BH Online –
IMedikel TV






