Home Sukan KHM HARAP LEBIH BANYAK PIHAK SWASTA MENAJA SUKAN HOKI

KHM HARAP LEBIH BANYAK PIHAK SWASTA MENAJA SUKAN HOKI

143
0

KUALA LUMPUR: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata badan induk itu kini perlu menerima hakikat tidak boleh terus mengharapkan sepenuhnya dana disumbangkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjalankan aktiviti mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Subahan berkata, kos untuk menguruskan pasukan negara baik skuad senior, wanita atau remaja sememangnya menelan belanja yang besar, lebih-lebih lagi sekiranya mahu melihat pasukan negara meraih keputusan lebih cemerlang di pentas antarabangsa.

“Kami memahami situasi yang dialami oleh kerajaan ketika ini terutama KBS yang mempunyai dana terhad. Memang KBS ada beri dana tetapi ia tidak cukup. Bukan mahu mengeluh tetapi inilah realitinya.

“Contohnya untuk persiapan penganjuran Piala Dunia Remaja (di Kuala Lumpur, Disember ini), kos yang diperlukan sangat besar. Bagi persiapan pula, Amin Rahim (jurulatih skuad remaja) memerlukan banyak lagi bantuan seperti kepakaran pihak tertentu yang mana ia tidak boleh dapat dengan percuma.

“Jika kami terus bergantung kepada bantuan biasa seperti menggunakan fasiliti ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara), pasukan negara tidak akan mampu melangkah ke peringkat seterusnya.

“Ini adalah hakikat kerana dana (dari kerajaan) tak cukup. Alhamdulillah apa yang diberi oleh Menteri dan KBS kami ucapkan terima kasih tetapi kami juga bertanggungjawab mencari sumber dana lain,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap lebih ramai lagi syarikat korporat serta swasta tampil membantu badan induk itu kerana tegasnya ia cukup berbaloi memandangkan skuad negara baik senior, wanita atau remaja sememangnya berkelas dunia.

Beliau memberi contoh syarikat swasta, 99 Speed Mart Sdn Bhd tampil sendiri membantu badan induk itu dengan menjadi rakan penaja bagi kejohanan Piala Dunia Remaja, Disember ini dengan nilai tajaan RM1.2 juta.

“Saya cukup berbesar hati dan terharu kerana 99 Speed Mart tampil dengan sendirinya kepada KHM dan menyatakan hasrat untuk membantu sukan di Malaysia terutamanya penganjuran Piala Dunia Remaja. Mereka turut menyatakan sukan hoki mempunyai potensi besar dan berhasrat untuk tampil menaja,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here