Home Segmen Kesihatan KHASIAT IKAN HARUAN UNTUK PENYEMBUHAN LUKA KHATAN

KHASIAT IKAN HARUAN UNTUK PENYEMBUHAN LUKA KHATAN

847
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Luka berkhatan yang sering kali dialami oleh kanak-kanak lelaki biasanya mengambil masa selama dua hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.

Namun ia juga bergantung kepada individu, penjagaan dan pemakanan selepas proses berkhatan.

Luka tersebut memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan jangkitan kuman atau sebagainya.

Tahukah anda, ada petua mengatakan ikan haruan yang dikenali dalam perubatan tradisional sebagai salah satu bahan untuk merawat luka termasuk luka berkhatan.

Ramai yang mengambil ikan haruan sebagai sajian atau menggunakan ekstrak ikan haruan kerana ia kaya dengan kolagen dan protein.untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Ekstrak ikan ini boleh membantu mengecutkan dan mengecilkan kesan parut pada alat sulit selepas prosedur sunat berlangsung.

Berikut adalah khasiat ikan haruan untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka berkhatan:

1. Mempercepatkan pembentukan tisu baru: Protein dan kolagen yang tinggi dalam ikan haruan membantu mempercepatkan pembentukan tisu baru, menjadikan luka berkhatan lebih cepat sembuh.

 2. Mengurangkan keradangan dan sakit: Ikan haruan mempunyai sifat anti-radang yang semula jadi, yang boleh membantu mengurangkan bengkak dan rasa sakit pada luka berkhatan.

 3. Memperbaiki kulit yang cedera: Asid amino seperti glisin dalam ikan haruan membantu dalam pembentukan sel kulit baru dan memperbaiki kulit yang rosak selepas berkhatan.

4. Meningkatkan penyembuhan secara keseluruhan: Selain protein, ikan haruan juga mengandungi nutrien penting lain seperti zink, yang memainkan peranan penting dalam pembaikan tisu dan pertumbuhan sel-sel baru.

Amalan memakan sup ikan haruan atau produk kapsul ikan haruan selepas berkhatan adalah dipercayai membantu mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan ketidakselesaan selepas prosedur.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here