Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU: Kalau dahulu, bahan utama ubi hanya direbus, malah ada yang menjadikan ia kuih seperti cek mek.
Namun, ubi kini diinovasi dan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa terkini.
Ubi lambung, nama yang agak unik, Apa yang menariknya tentang ubi lambung ini.
Team I Medikel TV membuat tinjauan dan menemu bual seorang pengusaha ubi lambung, Hanisah Hassan, 45, di Lembah Sireh, di sini, semalam.
Menurut Hanisah, ubi lambung yang mempunyai pelbagai warna mempunyai rasa yang sedap menggunakan sepenuhnya tepung ubi yang tiada campuran.


“Keistimewaan ubi lambung ini adalah diamempunyai rasa yang rangup di luar, lembut di dalam dan walaupun makan ketika dia sejuk pun dia tidak akan menjadi keras malah akan kekal lembut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Gerai Ubi Lambung di Lembah Sireh, di sini, baru-baru ini.
Katanya, penghasilan ubi lambung sangat unik kerana memerlukan cara yang betul untuk menggorengnya.

Jelasnya, ia juga memerlukan api yang panas supaya ia masak sepenuhnya dibahagian dalam.
“Cara nak menggorengnya memerlukan api yang sangat panas kemudian perlu tekan ketika dimasak agar terdapat ruang udara di dalamnya. Kemudian bila siap masak, ianya akan menjadi makin besar berbanding ketika menjadi doh,” katanya.
Jelas Hanisah, setiap hari, dia menjual lebih kurang 15 hingga 25kilogram (kg) ubi sehari dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.


Katanya, terdapat ramai penggemar ubi lambung sehinggakan dia dan suami, Azwan Ismail, 44, tidak menang tangan untuk menghasilkannya.
“Kita menggunakan ubi yang asli mengikut warna tetapi kita tambahkan sedikit pewarna hijau agar ianya kelihatan cantik,” katanya.
Katanya, setakat ini dia mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia termasuk 10 di Kelantan, dua di Terengganu dan satu di Kuantan.
Tambahnya, di Kelantan, ubi lambung boleh didapati di sekitar Lembah Sireh, Tunjong, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Panji, Tendong, Chica, Dataran Mara, Jelawat serta Tanah Merah.
Menurut seorang pelanggan, Wan Nur Aina Fakhira Wan Roslan, 26, dari Tumpat, dia membeli ubi lambung kerana rasanya sedap.

“Saya niat beli untuk pekerja saya sebab kebetulan saya lalu di sekitar sini.
“Ubi lambung ini memang sedap, tak manis sangat dan paling best dia sentiasa rangup,” katanya.
Aina berkata, sekiranya dia berada di sekitar lembah sireh, dia akan singgah di gerai ubi lambung untuk membelinya.
Menurut Hanisah, dia menjual kuih itu pada harga RM4 10 biji, RM7 20 biji serta RM10 30 biji serta terdapat perasa nutella bagi mereka yang ingin menambahnya.
I Medikel TV






