Home Buletin Semasa 22 DARIPADA 27 KLIEN AADK LULUS SPM 2025

22 DARIPADA 27 KLIEN AADK LULUS SPM 2025

141
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Seramai 22 daripada 27 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025.

Ketua Pengarah AADK Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua mereka mengambil enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

“Semua klien ini sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di kedua-dua PUSPEN berkenaan yang menawarkan modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) khususnya kepada klien di bawah umur 18 tahun sebagai peluang kedua dalam kebajikan pendidikan.

“Daripada jumlah klien yang menduduki peperiksaan itu, 20 klien dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kedah manakala enam klien lagi calon SPM dari PUSPEN Papar, Sabah dan seorang klien calon SPM daripada PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam PAPK, klien yang layak akan mengikuti jadual kelas yang sistematik dan diajar oleh guru yang berpengalaman serta bantuan tenaga pengajar daripada Pejabat Pendidikan Daerah.

Katanya, PAPK ini membolehkan klien AADK untuk mendapat peluang pendidikan secara formal yang menjamin masa depan.

“Semua klien yang lulus SPM 2025 berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GiatMara Malaysia dan politeknik.

“Usaha ini untuk memberi peluang kepada mereka untuk memajukan diri dalam aspek akademik dan sijil kemahiran menerusi kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here