Home Luar Negara NETANYAHU DAKWA PERANG TERHADAP IRAN SUDAH CAPAI SEPARUH MATLAMATNYA

NETANYAHU DAKWA PERANG TERHADAP IRAN SUDAH CAPAI SEPARUH MATLAMATNYA

145
0

WASHINGTON: Memetik aporan AFP menerusi Berita Harian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa perang ke atas Iran sudah mencapai lebih daripada separuh matlamatnya, namun beliau tidak menetapkan tempoh bila konflik itu akan berakhir.

“Ia pastinya sudah melepasi tahap ‘separuh jalan’. Tetapi saya tidak mahu menetapkan sebarang tempoh waktu,” katanya kepada penyiar konservatif Amerika Syarikat (AS), Newsmax.

Beliau menjelaskan bahawa maksud ‘separuh jalan’ itu adalah daripada segi pencapaian matlamatnya dan tidak merujuk kepada tempoh masa peperangan berkenaan.

28 Februari lalu, Presiden AS, Donald Trump bersama Netanyahu mendakwa perang ke atas Iran hanya akan berlangsung kira-kira empat hingga enam minggu sahaja.

Semalam, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, mendakwa perang itu akan berlanjutan selama beberapa minggu lagi dan bukannya berbulan-bulan.

Netanyahu berkata, matlamat yang sudah dicapai itu termasuk pembunuhan ribuan anggota Pengawal Revolusi Iran.

Dakwaan itu juga muncul walaupun Trump menyatakan beliau sudah menghapuskan tapak-tapak utama dalam serangan tahun lalu.

Netanyahu turut menyuarakan keyakinan bahawa Iran akan tumbang, walaupun beliau menegaskan bahawa itu bukanlah matlamat utama serangan berkenaan.

“Saya berpendapat rejim ini akan runtuh dari dalam. Namun buat masa ini, apa yang kami lakukan hanyalah memusnahkan keupayaan ketenteraan, peluru berpandu, kapasiti nuklear dan melemahkan mereka dari dalam,” katanya.

Peperangan itu tercetus beberapa minggu selepas pihak berkuasa Iran mengambil tindakan keras terhadap demonstrasi besar-besaran antikerajaan, yang turut mengorbankan ribuan nyawa.

Trump mendakwa perang terbabit secara berkesan sudah mencapai ‘pertukaran rejim’ dengan memperkasakan tokoh-tokoh lain dalam negara yang ditadbir oleh golongan ulama itu, yang menurut Trump mungkin lebih bertolak ansur. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here