Home Luar Negara ISRAEL SERBU RUMAH IMAM MASJID AL-AQSA

ISRAEL SERBU RUMAH IMAM MASJID AL-AQSA

BAITULMAQDIS: Ejen perisikan Israel menyerbu kediaman imam masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada isnin.

Khaled Zabarka berkata kepada Agensi Anadolu, Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan.

Memetik laporan Bernama menerusi Sinar Harian, beliau berkata, pendakwah masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Peguam itu berkata rumah sabri diserbu pada ahad dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan hari ini beliau dilarang melakukan perjalanan.

Tambahnya pencabulan terhadap pendakwah itu adalah percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran.

Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan. -BERNAMA-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here