Home Hiburan KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN, ANAK LINDA RAFAR DAPAT 9A DALAM SPM

KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN, ANAK LINDA RAFAR DAPAT 9A DALAM SPM

99
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian penyanyi Linda Rafar sebak anaknya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumum, hari ini.

Bangga dengan kejayaan Syed Rezaqib yang disapa Aqiib, Linda megakui melihat sendiri usaha dan pengorbanan permata hatinya untuk berjaya dalam SPM.

“Saya sedih, sebak dan bangga,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi rahsia kejayaan anaknya, Linda berkata, dia tidak terlalu menekan anaknya dalam soal pelajaran, sebaliknya, memberi ruang untuk belajar dengan cara sendiri.

Namun, apa yang paling mengagumkan dirinya adalah disiplin anaknya itu.

“Saya beri ruang, tak terlalu ‘push’ sangat. Tetapi, Aqiib kuat solat dan dia akan khatam al-Quran setiap bulan,” katanya.

Tambah Linda, perubahan ketara dapat dilihat terutama dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum SPM, apabila Aqiib mula memberi fokus sepenuhnya terhadap perkara yang bermanfaat.

“Pada awalnya, dia belajar macam biasa. Tetapi, tiga bulan terakhir, dia hentikan semua aktiviti yang tidak bermanfaat dan fokus kepada solat, mengaji dan tuisyen,” katanya.

Linda turut berkongsi dia sudah berjanji untuk menghadiahkan kereta kepada Aqiib sebagai ganjaran atas usahanya.

“Memang dah janji hendak bagi hadiah kereta, insya-Allah,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat kepada ibu bapa lain, Linda berkata, penting untuk memberi ruang kepada anak-anak tanpa tekanan berlebihan, selain tidak putus mendoakan yang terbaik.

“Beri masa, jangan terlalu ‘push’, tetapi kena sentiasa doa dan cakap baik-baik,” katanya.

Linda berkata, kejayaan itu menyuntik semangat Aqiib untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan menjadi doktor.

Linda turut berkongsi pengalaman spiritual yang disifatkan sangat bermakna buat anaknya, iaitu berpeluang menunaikan umrah dan solat di Makam Rasulullah SAW hampir tiga jam tanpa dihalau.

“Mungkin ini salah satu cara untuk dia lebih yakin dengan kuasa Allah SWT,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here