Home Segmen Kesihatan KESAN PORNOGRAFI DARI SEGI KESIHATAN

KESAN PORNOGRAFI DARI SEGI KESIHATAN

412
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Mungkin ada dalam kalangan masyarakat mempunyai masalah ketagihan menonton pornografi.

Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali sebagai “porn”, “smut” dan bahan-bahan lucah.

Tahukah anda, kesan pornografi dikaitkan boleh menjejaskan kesihatan otak?

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Cambridge University pada tahun 2013, didapati bahawa otak seseorang yang gemar menonton pornografi adalah hampir sama dengan penagih dadah.

Berdasarkan hasil imbasan, terdapat tiga bahagian otak yang lebih aktif pada mereka yang suka menonton video lucah sejak usia muda berbanding yang tidak melakukannya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ya, tabiat menonton pornografi sememangnya akan menjejaskan kesihatan otak individu.

Terdapat kesan jika menonton pornografi. Antaranya adalah kehilangan ghairah seksual, mati serta tidak tertarik melakukan hubungan seks di dunia sebenar

Jangan sesekali menyembunyikan masalah ketagihan pornografi ini lebioh-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkahwin kerana ia boleh merosakkan rumah tangga anda.

Anda boleh meminta bantuan dan perlu berbincang untuk mengatasi masalah tersebut dengan:

  • Ibu bapa anda
  • Orang dewasa yang dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru sekolah
  • Doktor

Anda mungkin perlu bantuan ahli terapi atau konsultan rumah tangga untuk menyelesaikan masalah ini jika menjadi lebih serius.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here