DORTMUND: Pengurus England, Gareth Southgate sudahpun membawa negaranya mara ke separuh akhir ketiga dalam empat kejohanan utama tetapi menjelang pertembungan empat terakhir menentang Belanda Khamis ini, mereka terus dikritik.
Sekiranya England menamatkan penantian selama 58 tahun untuk memenangi trofi utama di Berlin pada Isnin ini, penyokong tidak akan berhenti mengkritik gaya pasukan atau kekurangannya serta ketidakupayaan barisan bintang penyerang untuk mewujudkan keterujaan penonton di seluruh benua.
Pasukan Southgate hanya menghasilkan lima percubaan tepat ke sasaran dalam aksi 240 minit menentang Switzerland dan Slovakia, masing-masing memerlukan penalti dan masa tambahan untuk mara.
Bekas penyerang England, Alan Shearer menggelar pasukan itu “teruk” selepas menewaskan Slovakia, manakala juara Euro 2000 Perancis, Emmanuel Petit bersama ramai peminat dan media negara itu melabel England “membosankan.”
Seorang wartawan Jerman berkata, England adalah pasukan yang “tidak digemari ramai” , Southgate mengeluarkan pelbagai alasan.
“Saya minta maaf untuk itu, tetapi niat kami adalah sentiasa bermain bola dengan baik. Dalam bola sepak anda mempunyai lawan yang cuba menghalang anda.
“Ini bukan perlawanan bola sepak biasa, ini adalah kejohanan utama dengan tekanan besar, membabitkan ramai pemain muda dalam pasukan.
“Pasukan kami menghadapi tekanan yang sangat besar sejak awal. Mereka bermain dengan sangat baik.”
Southgate mengatakan bahawa lawan England menggunakan formasi pertahanan dan juga menyalahkan rumput di Jerman kerana menghalang pemainnya.
Selepas mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan ditewaskan pada perlawanan akhir Euro 2020 menerusi sepakan penalti kepada Itali, England memulakan kejohanan ini sebagai salah satu daripada dua pasukan pilihan bersama Perancis. – AFP, HMetro Online –
IMedikelTV






