Home Politik ‘MENTERI, AGENSI GUNA JENTERA KERAJAAN BERKEMPEN PILIHAN RAYA BERDEPAN TINDAKAN DISIPLIN’

‘MENTERI, AGENSI GUNA JENTERA KERAJAAN BERKEMPEN PILIHAN RAYA BERDEPAN TINDAKAN DISIPLIN’

164
0

KUALA LUMPUR: Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan ketika kempen pilihan raya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri sudah memutuskan sebarang penggunaan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Sebaik selesai hari penamaan calon, menteri atau timbalan menteri tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan jentera kerajaan dalam kempen. Kalau ada bukti tentunya kita ambil tindakan wajar.

“Saya tidak berdolak dolak sama ada sebelah sini (kerajaan) atau sana (pembangkang). Jika ada menteri atau agensi kerajaan gunakan jentera kerajaan, ia sudah langgar komitmen Jemaah Menteri dan tindakan mesti diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Haji Awang bin Hashim (PN-Pendang) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. – BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here