Home Hiburan NETIZAN SAMAKAN POSTER KONSERT NORANIZA IDRIS DENGAN TAHUN BAHARU CINA

NETIZAN SAMAKAN POSTER KONSERT NORANIZA IDRIS DENGAN TAHUN BAHARU CINA

152
0

KUALA LUMPUR: “Kenapa poster macam Tahun Baharu Cina? Sebab Melaka, dik. Melaka,”.

Ini jawapan Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris ketika ditanya netizen mengenai penataan gayanya dalam poster Konsert Qalam Noraniza Idris yang dijadualkan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 27 hingga 29 September ini.

Menurut Noraniza yang mesra dengan panggilan Kak Ani, itu adalah salah satu pakaian tradisi di Melaka.

“(Budaya) Melaka kan, pakai sanggul lintang. Tak tahukah? Melaka ada budayanya. Jadi, kita masuk ke Melaka, kita masuk dengan budayanya.

“Bukan Chinese New Year (Tahun Baharu Cina). Faham tak?” katanya dalam video siaran langsungnya di TikTok ketika menjawab pertanyaan netizen.

Menurut Noraniza, budaya di negeri Melaka juga mempunyai pengaruh besar dari China dan budaya mereka.

“Itu, kita pegang keris, bukan macam ini (genggam tangan ala orang Cina). Tengok betul-betul akak punya poster.

“Memang nampak Cina sebab Melaka kan ada pengaruh China yang besar. Dondang Sayang, Baba Nyonya, betul tak pengaruh dari China itu besar?

“Kalau tengok elemen-elemen bangunannya semua kan. Kena faham dan kaji dia punya sejarah,” katanya. – HMetro Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here