Home Segmen Kesihatan ANEMIA PADA REMAJA

ANEMIA PADA REMAJA

127
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Anemia adalah suatu keadaan di mana tubuh seseorang mengalami penurunan atau jumlah sel darah merah yang ada di dalam tubuh berada di bawah batas normal.

Hal tersebut dapat terjadi dikarenakan kurangnya hemoglobin di dalam tubuh, sehingga mempengaruhi jumlah produksi sel darah merah.

Anemia bermaksud kekurangan hemoglobin dalam darah. Fungsi utama hemoglobin adalah membawa oksigen ke seluruh tisu badan, dengan demikian anemia akan membawa kepada keadaan hipoksia kepada organ dan seterusnya mengakibatkan kesan klinikal yang besar kepada seseorang.

Paras hemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Anemia bukanlah penyakit tetapi merupakan gejala kepada pelbagai keadaan termasuklah kehilangan darah yang banyak, kemusnahan sel darah yang banyak atau pembentukan sel darah merah yang kurang.

Terdapat berbagai jenis anemia dengan pelbagai penyebab; kekurangan zat besi daripada pemakanan seharian adalah punca yang paling biasa kepada anemia.

Anemia juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang banyak dikaitkan pada golongan remaja.

Hal ini dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya adalah kekurangan nutrisi hingga pendarahan akibat menstruasi.

Secara umum, sebagian orang tidak menunjukkan gejala atau tanda. Namun, terdapat beberapa gejala anemia yang dapat dialami oleh remaja seperti berikut:

  • Beras letih pada setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang laju
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan

Oleh itu, ibu bapa perlu mengenalpasti keadaan anak-anak dan memberikan zat dan nutrisi yang secukupnya bagi mengelakkan berlakunya amenia.

Antara penyebab anemia adalah kehilangan darah (sama ada akut atau kronik), kurang penghasilan sel darah merah oleh sum-sum tulang, Kemusnahan sel darah merah yang berlebihan yang mungkin berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat dan anemia juga boleh berlaku akibat kekurangan nutrien. Selain protein, beberapa mikronutrien lain seperti Zat besi, vitamin C, vitamin E, vitamin B12, vitamin B6, Kuprum, Riboflavin, dan Asid Folik.

Jika anemia sangat teruk, ia akan menyebabkan:

  • Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti kelahiran pramatang dan kerencatan pertumbuhan janin di dalam kandungan.

Pemeriksaan haemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda untuk menentukan sama ada anda menghidapi anemia atau tidak.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here