LOS ANGELES: Sebuah pesawat United Airlines hilang roda gear pendaratan selepas berlepas dari Los Angeles semalam, namun selamat mendarat di Denver, destinasi tujuannya, tanpa sebarang kecederaan, kata syarikat penerbangan itu.
Roda milik United Flight 1001 iaitu pesawat Boeing 757-200 telah ditemui di Los Angeles.
“Kami sedang menyiasat punca kejadian ini,” kata United.
Menurut data FlightRadar24, pesawat yang terbabit dalam insiden itu sudah berusia hampir 30 tahun.
Sementara, Boeing menamatkan pengeluaran pesawat jenis 757 pada 2004.
Untuk rekod, Mac lalu, sebuah pesawat Boeing 777-200 United yang dalam perjalanan ke Jepun hilang tayar di udara selepas berlepas dari San Francisco.
Ia kemudian mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. – REUTERS, HMetro Online –
Imedikel TV






