Home Luar Negara KAPAL DIJANGKITI HANTAVIRUS DIJANGKA TIBA DI KEPULAUAN CANARY PADA AHAD

KAPAL DIJANGKITI HANTAVIRUS DIJANGKA TIBA DI KEPULAUAN CANARY PADA AHAD

37
0

MADRID: Menteri Kesihatan Sepanyol Monica Garcia pada Sabtu berkata kapal persiaran MV Hondius dijangka tiba di Pelabuhan Granadilla di pulau Tenerife, Sepanyol antara 4 pagi hingga 6 pagi waktu tempatan (0300-0500 GMT) Ahad, ketika pihak berkuasa terus memantau penularan hantavirus yang dikaitkan dengan kapal itu.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, bercakap kepada media, Garcia berkata langkah pertama sebaik kapal itu tiba adalah memeriksa sama ada terdapat penumpang yang menunjukkan simptom virus berkenaan.

Penumpang juga akan turun dari kapal dengan memakai pelitup muka, lapor Xinhua.

Garcia menegaskan bahawa setakat ini tiada kontak baharu di Sepanyol yang dikaitkan dengan kes hantavirus yang disahkan dan mengulangi bahawa “risiko kepada penduduk kekal rendah”.

Menteri itu dijadual berlepas ke Tenerife lewat Sabtu bersama Menteri Dalam Negeri Fernando Grande-Marlaska dan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus. 

Sementara itu, seorang individu yang dikenal pasti di Catalonia sebagai mempunyai kontak dengan wanita Belanda yang meninggal dunia akibat hantavirus selepas menaiki MV Hondius, menjalani kuarantin di Hospital Clinic Barcelona pada Sabtu. 

Menurut Pengarah Perubatan hospital itu, Toni Castells, virus berkenaan mempunyai tempoh inkubasi antara tiga hingga enam minggu, bermakna kuarantin itu boleh berlangsung sehingga enam minggu.

Castells berkata individu itu tidak dianggap sebagai pesakit, sebaliknya kontak tanpa gejala.

Oleh itu, pengesanan kontak hanya akan diaktifkan jika individu berkenaan disahkan positif hantavirus.

Pihak berkuasa Sepanyol turut mengenal pasti dua lagi kontak yang menaiki penerbangan sama dengan penumpang Belanda yang meninggal dunia itu.-Bernama-Xinhua, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here