Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Umumnya ibu mengandung sering mengalami masalah tekanan darah rendah semasa kehamilan.
Istilah Hemoglobin atau Hb low adalah antara masalah yang paling kerap berlaku di klinik atau hospital.
Penurunan Hb yang terlalu rendah mungkin merupakan tanda masalah serius bahkan boleh mengancam nyawa.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan mereka jatuh, mengalami kerosakan organ atau kejutan.
Hemoglobin adalah fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.
Antara risiko yang terjadi sekiranya Hb rendah dalam badan ialah:
1.Pening
2.Rasa berpusing terutamanya ketika berdiri atau duduk
3.Pengsan
4.Loya
5.Keletihan
6.Penglihatan kabur
7.Kerap dahaga
8.Kulit lembap, pucat atau sejuk
9.Pernafasan laju atau pendek
10.Kurang fokus
Untuk mengurangkan risiko di atas, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki bacaan Hb.
1. Memakan Makanan Kaya Zat Besi
-Antara sumber makanan kaya zat besi yang baik terdiri daripada beberapa kumpulan makanan berikut:
Sumber haiwan:
1.Daging
2.Hati
3.Ayam
4.Limpa
5.Kerang
6.Ikan
7.Sotong
8.Ikan bilis
Manakala bagi sumber sayuran pula ialah:
1.Pegaga
2.Pucuk paku
3.Kangkung
4.Bayam
5.Kailan
2. Elakkan Kafein / Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi
-Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih berkesan, elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat.
Sebaik-baiknya, amalkan diet sihat dan seimbang serta mengambil vitamin pranatal bagi mengelakkan sebarang simptom Hb rendah. Sekiranya terdapat gejala Hb rendah yang menjejaskan aktiviti harian, berundinglah dengan doktor.
IMedikelTV






