Home Hiburan KERAP ‘POST’ CERITA ISTERI TERSAKITI, ADA YANG INGAT UQASHA DAH SOLO

KERAP ‘POST’ CERITA ISTERI TERSAKITI, ADA YANG INGAT UQASHA DAH SOLO

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose, 33, mendedahkan seorang wanita secara terbuka cuba menggoda suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, 39.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menceritakan kejadian itu kepada Kamal yang berada bersamanya dalam sesi siaran langsung TikTok.

“Encik Kamal Adli, semalam ada orang kata dia nak ‘try’ awak. Dia tanya saya sudah janda ke? Solo ke? Saya tanyalah ‘kenapa, awak nak goda saya ke Kamal Adli?” katanya.

Uqasha berkata, wanita terbabit menyangka dia sudah bercerai kerana kerap berkongsi hantaran berhubung kisah isteri disakiti.

“Selepas itu, dia kata saya selalu ‘post’ isteri tersakiti, jadi ingat saya janda. Dia nak goda awak, tolong cakap dekat dia ini,” katanya menyuruh Kamal jawab pertanyaan itu.

Namun, Kamal hanya memberi respon bersahaja dan kembali mendodoi anak mereka Hawra Uqaira.

Sebelum ini, muncul desas-desus mengatakan hubungan pasangan itu bergolak. Namun, mereka menafikan dan menjelaskan mereka masih bahagia bersama. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here