Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
SUBANG JAYA: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) meluaskan bidang farmaseutikal dalam aspek maritim farmasi.
Ketua Pegawai Eksekutif, Plomo Group Sdn. Bhd (PLOMO), Mohd Khairul Anuar Alias, berkata satu Memorandum Persefahaman (MoU) termetrai bagi meluaskan bidang tersebut.

“Saya sangat berbesar hati kerana dapat memeterai satu MoU di antara PLOMO Group dan IMedikel.
“Kita berharap dapat kerjasama yang berpanjangan. Mungkin dengan MoU kita sudah membuka satu ruang baru bagi PLOMO Group dalam maritim farmasi.
“Mungkin kita juga dapat memberikan konsultasi atau membekalkan barang-barang farmasi kepada perkapalan atau maritim,”katanya.
Menurutnya dengan termetrainya MoU itu, pihaknya berharap dapat bekerjsama dalam jangka masa panjang.
“Kita berharap agar dapat membangunkan beberapa aplikasi atas talian yang mana kita boleh bekalkan atau boleh pantau kesihatan atau keadaan kesihatan di atas kapal. Maknanya memantau anak-anak kapal tersebut. Kita berharap dapat bangunkan aplikasi itu yang boleh memberi manfaat kepada semua,”katanya.
Sementara itu, Presiden IMPHB, Yusmat Mamat, berkata kedua-dua pihak akan mempelbagaikan jenis perniagaan di masa akan datang.

“Saya mengharapkan kerjasama PLOMO Group dan IMedikel ini akan berpanjangan bukan setakat tahun ini tetapi tahun berikutnya.
“Kita ada merancang perniagaan lain di masa akan datang dengan PLOMO Group bukan sahaja di lautan malah di daratan,”katanya.
Hadir sama ketua pegawai operasi PLOMO Group, Ahmad Nafiz Ahmad Ja’afar dan Ketua pegawai kewangan IMPHB, Shahrul Azlan Mahmood.
IMedikel TV






