Home Politik ‘KERAJAAN TAKUT BERDEPAN KEKALAHAN’ – MUHYIDDIN

‘KERAJAAN TAKUT BERDEPAN KEKALAHAN’ – MUHYIDDIN

125
0

KUALA LUMPUR: BERSATU mendakwa enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang oleh bekas ahli mereka tidak diisytiharkan kosong adalah disebabkan Kerajaan Perpaduan takut berdepan dengan kekalahan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Anti Lompat Parti, yang diperjuangkan mereka sendiri.

“Mereka (kerajaan) sedang rosak dan merosakkan sesama sendiri kerana perbezaan asas parti.

“Mereka takut dengan mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang disandang oleh bekas bekas ahli BERSATU atau pengkhianat yang berpaling tadah walaupun tindakan itu bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Konvensyen BERSATU di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang, sini hari ini.

Muhyiddin berkata, ahli-ahli parti kerajaan sedang mempertikaikan tindakan pemimpin mereka yang sanggup menggadai prinsip perjuangan parti demi kepentingan peribadi.

“Ramai yang sudah berhijrah kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dengan pemimpin yang mengkhianati perjuangan partimereka.

“Ahli parti mereka sedang mencari wadah baharu yang boleh dipercayai dan parti kita BERSATU menjadi pilihan dan kita wajib menyambut mereka dengan hati yang terbuka atas dasar kebersamaan dalam perjuangan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, perkara itu yang membezakan antara BERSATU dengan parti lawan dan BERSATU mempunyai prinsip perjuangan, parti dalam kerajaan langsung tidak ada prinsip.

“Mereka cuma mahukan kuasa yang diperolehi dengan cara tipu daya. Mereka sanggup menipu penyokong mereka sendiri semata-mata untuk berkuasa.

“Sebelum berkuasa, mereka tabur janji bulan dan bintang. Selepas berkuasa mereka menjadi angkuh, sombong dan zalim. Mereka membiarkan kuasa menjahanamkan diri mereka dan dengan sebab itu rakyat, termasuklah penyokong mereka sendiri, menolak mereka,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here