Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN TELITI PENEMPATAN SEMULA MANGSA KEBAKARAN GOK KAPUR

KERAJAAN KELANTAN TELITI PENEMPATAN SEMULA MANGSA KEBAKARAN GOK KAPUR

34
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan meneliti status pemilikan tanah di kawasan yang terjejas dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapor, disini, sebelum sebarang keputusan mengenai penempatan semula mangsa dibuat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, perkara itu perlu diperhalusi terlebih dahulu memandangkan sebahagian kawasan berkenaan membabitkan tanah yang disewa dan bukan dimiliki oleh penghuni rumah.

”Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menentukan bentuk bantuan dan penyelesaian terbaik untuk mangsa yang kehilangan kediaman dalam kejadian tersebut.

”Mangsa yang terjejas kini ditempatkan di surau di Kampung Gok Kapur dan Masjid Banggol selain ada yang menumpang di rumah saudara mara,”katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan awal menerusi Tabung Serambi Mekah serta beberapa agensi termasuk Perbadanan Kemajuan İktisad Negeri Kelantan (PKINK), Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) negeri serta Ahli Dewan Undangan (Adun) Kijang, Datuk Izani Husin yang memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mangsa.

“Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang terlibat dan berharap mereka bersabar menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan sebanyak 29 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur di sini, semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here