Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN BENAR RAKYAT DULANG EMAS DI TANAH KERAJAAN

KERAJAAN KELANTAN BENAR RAKYAT DULANG EMAS DI TANAH KERAJAAN

470
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdulllah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini mengusahakan perlombongan emas secara kaedah mendulang di tanah milik kerajaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat keizinan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan itu adalah langkah bagi memastikan rakyat turut menikmati hasil khazanah negeri secara langsung.

”Ini adalah berita gembira untuk rakyat, mereka boleh melombong dengan cara mendulang serta akan mendapat secara langsung faedah daripada khazanah yang ada dalam negeri Kelantan.

”Kerajaan akan memberikan lesen kepada rakyat untuk mendulang berserta syarat-syarat tertentu.

”Namun, aktiviti ini hanya dibenarkan di tanah kerajaan, bukan di kawasan yang sudah diberikan kepada syarikat atau individu lain,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Menurut beliau, lesen tersebut akan dikeluarkan dengan syarat-syarat tertentu bertujuan untuk merekodkan aktiviti perlombongan, menjaga keselamatan serta memastikan pemantauan dapat dilakukan bagi mengelak kerosakan alam sekitar.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here